Thursday, 26 December 2013

Bubur Sosej Cendawan

Hari Jumaat yang penuh Barakah. Salam Jumaat semua.

Bubur Sosej Cendawan breakfast untuk hari nie. Alhamdulillah mudah cepat dan simple. Bubur Sosej cendawan orang bujang. 

BAHAN :
Sosej
1 Packet Instant Soup Campbell
1 Cawan Air

CARA :
Panaskan air, kemudian masukkan krim soup campbell.
Kacau hingga sekata kemudian masukkan sosej.
Siap!

 Taraaa. Walaupun simple tetap mengancam. Boleh juga makan bersama roti kosong.

Tuesday, 24 December 2013

Pulut Dan Kari Ayam

Pulut Bersama Kari Ayam

 Pulut Dan Kari Ayam. Settle for weekends.


Resepi Pulut :

BAHAN :
1 Cawan Pulut
1 Cawan Santan
1 Helai Daun Pandan
Sedikit Garam

CARANYA :
Toskan pulut dan masukkan kedalam periuk nasi A.K.A Rice Cooker.
Masukkan santan 
Masukkan Daun Pandan
Sedikit Garam. 
Jeng-jeng, macam masak nasi je. OK!


Resepi Kari Ayam :

BAHAN:
3/4 Ayam
Sebuk Kari Ayam
Bawang Putih
Bawang Merah
Halia
Kulit Kayu Manis dan bunga lawang
1/2 Cawan Santan
3/4 Cawan Air
Kerisik
Daun Kari
2 Biji Ubi Kentang
Tomato
Garam
Minyak

CARANYA :
Tumis bawang, halia dan kulit kayu manis serta bunga lawang yang ditumbuk dengan minyak. 
Maukkan daun kari  dan biarkan sementara bagi naik bau.
Kemudian masukkan kerisik dan serbuk kari hingga naik minyak.
Masukkan kentang dan ayam.
Biarkan ayam bersalut dengan rempah kemudian masukkan santan.
Kalau kuah nak lagi kuah boleh tambah sedikit air.
Apabila hampir mendidih letak buah tomato yang dihiris dan sedikit garam.
Apabila mendidih boleh siap dihidang. 


Alhamdulillah. Taraaaa. Siap dihilang. 
Sekian boleh la makan dengan tenangnya bila sudah siap menemas. HAHA

Thursday, 19 December 2013

Berjalan Times Weekends

Muzium Coklat destinasi yang dikunjungi. HAHA. *Ayat poyo.

 Berhadapan Muzium. Bergambar sebelum menerjah masuk. Hee

 Taraaa. Lembu! Masuk-masuk terus nampak lembu. So, sebab orang tak ramai ambila la gambar dulu. 

 Muzium Coklat, mestilah menerangkan tentang kebaikan dan ditemui semuanya berkaitan dengan coklat. 

Taraaa..... Jenis coklat. 

 Akibat terlambat tak sempat nak tengok orang buat coklat. 1PM-3PM saja sedeh jugak la. Kempunan, tapi nasib dekat. Esok-esok boleh mai len. HAHA

 Pengang je coklat DAIM nie. Tak beli pun. Gaji tinggal ciput ja lagi. Berjimat sikit. Sikit jela. HAHA

 Sikit jakan? Semua berkongsi. Haaa. Betolkan cakap nak jimat. Sweeeer. Tak tipu taw. 


Cukuplah rezeki hanya ini yang termampu.


Boleh tahan jugak Muzium Coklat Kota Damansara. Jimat bagi orang yang menetap area KL nie daripada nak ke Langkawi sinun. 


  Sedap. Berbaloi.


Biasa ja rasanya Kinder Bueno & Ferrero Rocher.

Alamat dia :  Chocolate Museum by Fidani @ Kota Damansara
DR Group Holdings Sdn Bhd
No. 2 Jalan Teknologi ¾,
Selangor Science Park 1,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,Selangor
Phone: +603 - 6143 3446, +603 - 6143 4460
Email: chocolatemuseum@drgroup.com.my
GPS coordinates: 3.156173 , 101.56892

Done for weekend. Bubbye.